Pada tahun ini, sejumlah pengeluar peranti telah hadir dengan telefon menggunakan rekaan nisbah skrin 18:9. Kini, mengakhiri tahun 2017, pihak ZTE dilihat tidak ingin ketinggalan dan telah pun hadir dengan ZTE Blade V9.
Telefon pintar baru ini telah disenaraikan di laman web Sepanyol sahaja buat masa ini – dan tidak diketahui lagi berkenaan penawaran dan harga jualannya.
ZTE Blade V9 menggunakan skrin 5.7-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 450, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB.
Ia menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang yang mengabungkan sensor 16MP bersama sensor 5MP, sementara untuk rakaman selfie, ia menggunakan kamera 13-megapixel.
Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 3200mAh, dan menariknya ia turut hadir bersama versi Android terkini, iaitu Android 8.0 Oreo.
Dengan spesifikasi yang ditawarkan, kita mungkin dapat melihat ZTE menyasarkan peranti berspesifikasi rendah-pertengahan melaluinya.
Buat masa ini, maklumat lanjut seperti harga dan tarikh jualannya masih tidak diketahui lagi.