Bein Sports Connect, Penstriman Kandungan Sukan Kini Di Malaysia Pada Harga RM20 Sebulan

Bein Sports Connect, Penstriman Kandungan Sukan Kini Di Malaysia Pada Harga RM20 Sebulan

Diterbitkan pada Dis 28, 2017 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan penstriman video dengan fokus berbeza-beza yang ditawarkan di Malaysia pada hari ini. Kini, turut menyertainya adalah Bein Sports Connect yang menawarkan kandungan berbentuk sukan dan bola sepak melaluinya.

Bein Sports Connect

Bein Sports Connect ditawarkan pada harga langganan RM20 sebulan, dimana ia menawarkan akses kepada kandungan LaLiga, Ligue 1, dan pelbagai perlawanan bola sepak lain melaluinya. Perkhidmatan penstriman ini menawarkan kandungan secara siaran langsung, dan juga siaran yang telah dirakamkan.

Buat masa ini, Bein Sports Connect hanya ditawarkan melalui web, selain ditawarkan melalui aplikasi Android dan iOS.

Sekiranya anda peminat sukan bola sepak, anda boleh melanggan perkhidmatan ini pada harga RM20 sebulan bermula hari ini.

Bein Sports Connect

Layari : Bein Sports Connect

Muat-Turun Bein Sports Connect untuk Android


TIPS & ULASAN