Samsung, selain mengeluarkan peralatan elektronik, mereka juga merupakan salah satu pengeluar komponen yang terbesar di dunia. Dibawah penawaran mereka, salah satu yang mungkin dikenali ramai adalah pengeluaran cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih, dijenamakan dibawah nama Exynos.
Terkini, pihak Samsung berkongsi melalui Twitter, sebuah gambar acah untuk cip Exynos terbaru mereka yang dijangka diperkenalkan pada minggu hadapan, 4 Januari 2018.
https://twitter.com/samsungexynos/status/946365117888892929
Buat masa ini, info mengenai cip pemprosesan apakah yang bakal diperkenalkan masih menjadi tanda tanya. Berkemungkinan besar, ia adalah Exynos 9810 yang mana mungkin berasaskan binaan teknologi 10nm, dan menawarkan pelbagai ciri-ciri baru bersama dengannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah cip yang bakal diumumkan Samsung pada minggu hadapan.