Aplikasi Android Pada Chrome OS Akan Menyokong Penggunaan Pada Latar Tidak Lama Lagi

Aplikasi Android Pada Chrome OS Akan Menyokong Penggunaan Pada Latar Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Bagi anda yang menggunakan Chromebook, kini akhirnya Google mengatasi dan menawarkan salah satu ciri yang dinantikan ramai – iaitu kebolehan menjalankan aplikasi Android pada Chrome OS di latar.

Ini bermakna, anda masih boleh menjalankan aplikasi dan menerima notifikasi dan sebagainya pada latar – sekaligus memudahkan anda membuat pelbagai tugasan dan kekal mengetahui pelbagai perkara semasa dengan mudah melaluinya. Sebelum ini, Chrome OS akan menghentikan aktiviti dan operasi aplikasi Android di latar – membuatkan anda mungkin terlepas beberapa perkara dan kemaskini baru ketika melakukan tugasan atau menjalankan aplikasi lain.

Ini juga salah satu ciri utama yang akan membuatkan ramai pengguna desktop sebelum ini beralih ke Chrome OS.

Kemaskini baru ini sedang diuji di Chrome OS 64 pada peringkat beta, dan mungkin akan hadir ke semua Chromebook tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN