Nokia 2 Akan Menerima Kemaskini Terus Ke Android 8.1 Oreo

Nokia 2 Akan Menerima Kemaskini Terus Ke Android 8.1 Oreo

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

HMD Global sebelum ini telah melancarkan Nokia 2 pada Oktober lepas, dan hadir bersama Android versi lama. Bercakap mengenai kemaskini untuknya, kini pihak HMD Global mengatakan Nokia 2 akan menerima kemaskini terus kepada Android 8.1 Oreo.

Nokia 2

Bersama-sama dengan kemaskini berkenaan, Nokia 2 turut dijangka akan menambah sokongan pengoptimasian bateri daripada Android Go – sekaligus menjadikan Nokia 2 lebih baik dari segi prestasi walaupun pada spesifikasi rendah.

Nokia 2 menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 212, memori 1GB RAM dan ruangan storan 8GB.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Nokia 2 akan menerima kemaskini Android 8.1 Oreo ini.


TIPS & ULASAN