Pembantu Maya Akan Digunakan Di Dalam Kenderaan Kia Dan Hyundai Menjelang 2019

Pembantu Maya Akan Digunakan Di Dalam Kenderaan Kia Dan Hyundai Menjelang 2019

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Semasa saya masih muda belia dahulu, rancangan The Knight Rider amat popular. Kereta KITT yang digunakan mampu berbual dengan pemandunya Michael Knight. Bagi generasi X, The Knight Rider ialah siri TV yang memperkenalkan mereka kepada konsep kereta pintar dengan kemampuan swapandu.

Fiksyen bakal menjadi realiti seawal 2019 sekiranya anda membeli kenderaan keluaran Kia dan Hyundai. Dua pengeluar kereta dari Korea Selatan ini akan memperkenalkan Intelligent Personal Assistant di dalam kenderaan keluaran mereka. Ia adalah pembantu maya dengan kecerdasan pintar yang terbina di dalam kereta.

Intelligent Personal Assistant menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Soundhound untuk mendengar arahan pemandu. Ia turut boleh memberikan maklumat mengenai destinasi seterusnya berdasarkan maklumat kalender, menghafal laluan kegemaran dan mengawal peranti pintar berhubung di rumah. Terdapat perancangan untuk ia turut mengawal sistem swapandu.

Sistem ini akan diperlihatkan secara rasmi di CES minggu hadapan. Kia dan Hyundai berharap ia akan dapat diperkenalkan pada tahun 2019 dengan penggunaannya secara menyeluruh pada kesemua model menjelang 2025.


TIPS & ULASAN