Lapangan Terbang Utama Di Korea Utara Menambah Sokongan WiFi

Lapangan Terbang Utama Di Korea Utara Menambah Sokongan WiFi

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Korea Utara boleh dikatakan hidup dalam dunianya yang tersendiri, dimana rakyatnya diterhadkan untuk mengakses internet – termasuk pengunjung yang hadir ke negara berkenaan. Walaubagaimanapun, kini Korea Utara melangkah setapak kehadapan dan telah menambah sokongan WiFi di lapangan terbang utama Korea Utara.

Pengunjung yang transit atau ke Korea Utara kini boleh menggunakan perkhidmatan WiFi pada harga $2 untuk 30 minit. Perkhidmatan ini juga diterhadkan untuk digunakan selepas melalui kastam, dan untuk pelancong antarabangsa sahaja.

Buat masa ini, perkhidmatan ini dikatakan masih pada peringkat ujian. Daripada perkongsian pengguna awal, ia dikatakan masih tidak beroperasi dengan lancar sepenuhnya buat masa ini.


TIPS & ULASAN