Carian
Peranti Realiti Maya Pico Neo Diperkenalkan – Dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 835 Untuk VR
December 29, 2017 Nazrin

Pasaran peranti realiti maya boleh dikatakan tidak begitu memberangsangkan, kebarangkalian besar kerana kebanyakan fon kepala memerlukan sistem komputer yang cukup berkuasa untuk menggunakannya dengan berkesan, disamping harga kos yang tinggi.

Terkini, sebuah syarikat yang bernama Pico baru sahaja mengumumkan kehadiran peranti realiti maya mereka yang terbaru, yang dinamakan Pico Neo. Pico Neo ini dikatakan sebuah peranti realiti maya kemandiri yang hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835 khusus untuk realiti maya mudah-alih, memori sebanyak 4GB dan storan 64GB yang boleh dilanjutkan sehingga 256GB dan juga sebuah paparan yang menyokong resolusi 3K.

Peranti ini juga hadir dengan teknologi yang dipanggil Inside-Out 6DoF (6 Degrees of Freedom) yang membolehkan peranti tersebut mengesan objek dan kawasan dengan mudah. Ia juga hadir dengan sebuah peranti pengawal yang boleh dikesan oleh peranti Pico Neo tersebut.

Buat masa ini, peranti realiti maya Pico Neo ini boleh dipra-tempah oleh warganegara Amerika Syarikat dan United Kingdom pada harga $749 di laman web Pico. Tarikh kehadiran peranti ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Komen