Carian
OnePlus Mengumpul Pandangan Pengguna OnePlus 3 Dan 3T Sebelum Membawakan Fungsi Face Unlock
December 29, 2017 Effi Saharudin

Fungsi Face Unlock akan akhirnya disokong pada OnePlus 5. Sebelum ini ia hanya disokong pada OnePlus 5T. Ini membuka persoalan sama ada ia akan disertakan pula pada peranti terdahulu seperti OnePlus 3? OnePlus kini sedang mengumpul pandangan pengguna OnePlus 3 dan 3T sebelum menyertakannya pada peranti-peranti ini.



Ini disahkan sendiri oleh pengasas bersama OnePlus iaitu Carl Pei menerusi laman Twitter beliau. Ini bukan kali pertama mereka mengumpul pendapat pengguna sebelum mengambil keputusan. Mereka menyertakan bicu audio 3.5mm pada OnePlus 5T kerana mengambil kiri keperluan peminat peranti mereka.

Komen