Cari @ Amanz

Steve Jobs ialah individu yang namanya amat sinonim dengan Apple. Pengasas yang cukup ternama ini meninggal dunia pada tahun 2011. Tetapi ini tidak mencukupi untuk menghalang sebuah syarikat pakaian di Itali dari menggunakan nama Steve Jobs sebagai nama rasmi syarikat.

Vincenzo dan Giacomo Barbato menyedari Apple tidak memfailkan hak tanda dagang ke atas nama Steve Jobs di Itali. Ini membolehkan mereka menggunakan nama Steve Jobs sebagai nama syarikat yang dibuka oleh mereka lengkap dengan logo yang menyerupai Apple.

Apple segera memfailkan saman kerana syarikat ini tetapi ia ditolak mahkamah Kesatuan Eropah. Alasan yang diberikan ialah Apple tidak memfailkan tanda dagang ke atas nama Steve Jobs terlebih dahulu. Gigitan pada logo huruf “J” tidak sama dengan pada buah epal kerana huruf J tidak boleh dimakan. Maka ia tidak memberikan maksud yang sama seperti gigitan pada buah epal yang boleh dimakan.

Kes ini berjaya diselesaikan pada tahun 2014 tetapi hanya didedahkan kerana Vincenzo dan Giacomo Barbato terlebih dahulu memfailkan tanda dagang Steve Jobs di seluruh dunia.

Sumber Business Insider Italia menerusi The Verge

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd