Telegram Menguji Sokongan Multi-Akaun Pada Aplikasi Android

Telegram Menguji Sokongan Multi-Akaun Pada Aplikasi Android

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Telegram Messenger sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik pada aplikasi permesejan mereka. Kini, selain menguji aplikasi Telegram X pada iOS, pihak Telegram turut menguji sokongan multi-akaun pada aplikasi Android mereka.

Dengan ciri ini, anda boleh menggunakan dua akaun Telegram dalam aplikasi yang sama. Ini mungkin sangat sesuai untuk anda yang mempunyai dua akaun dengan nombor SIM berbeza atau untuk tujuan berbeza.

Buat masa ini, ciri multi-akaun ini diuji pada versi Telegram Beta sahaja, dan mungkin diperluaskan ke versi stabil dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN