Cari @ Amanz

Spark Mail merupakan salah satu klien emel yang popular pada platform Apple – iaitu iPad, iPhone dan juga Mac. Kini, selain daripada platform Apple, pihak pembangunnya turut memberikan petanda yang mana klien emel berkenaan mungkin hadir ke Android pada 2018 kelak.

Spark Mail

Klien emel SparkMail ini turut hadir dengan ciri-ciri pintar untuk memudahkan anda membalas emel dan memastikan anda dapat meningkatkan produktiviti harian anda.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tarikh pelancarannya. Pihak pembangunnya sendiri telah membangunkan aplikasi ini sejak daripada bulan April yang lepas, dan mungkin kita akan melihatnya dilancarkan di Android dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd