Pra-tempah ASUS ROG G703V Dibuka – Laptop Gaming Berkuasa Dengan GTX 1080 Pada Harga RM19999

Pra-tempah ASUS ROG G703V Dibuka – Laptop Gaming Berkuasa Dengan GTX 1080 Pada Harga RM19999

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Selain daripada laptop ASUS ROG Zephyrus terbaru yang hadir dengan kad grafik GTX 1070, ASUS juga dilihat membuka halaman pra-tempah untuk sebuah lagi laptop yang amat berkuasa, dan dilihat setanding dengan banyak desktop yang berkali ganda lebih besar darinya.

Laptop ini ialah ASUS ROG G703V dan ia sebuah laptop yang mempunyai spesifikasi yang cukup menggiurkan sekali. Cip pemprosesan yang digunakan ialah Intel Core i7-7820HK, memori DDR4 sebanyak 32GB, storan SSD PCIe 512GB dan juga storan cakera keras sebesar 1TB.

Dari segi grafik pula, laptop ROG G703V ini hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 bersaiz penuh. Kad grafik ini menguasakan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi 4K (3840X2160). yang juga mempunyai kadar segar semula 144Hz dan juga sokongan teknologi paparan NVIDIA GSYNC.

Apa yang menarik lagi ialah laptop seberat 4.8kg ini hadir dengan modul WiFi untuk pengawal permainan Xbox yang terbina didalamnya.

Sama seperti laptop ASUS ROG Zephyrus, laptop ASUS ROG G703V ini boleh dipra-tempah di kedai atas-talian Lazada untuk harga RM19999. Menurut pihak ASUS Malaysia lagi, laptop ini juga dikatakan akan hadir di pasaran tempatan pada bulan Januari kelak.

Pra-tempah laptop ASUS ROG G703V di Lazada


TIPS & ULASAN