Samsung Turut Mengesahkan Yang Mana Mereka Tidak Memperlahankan Telefon Lama

Samsung Turut Mengesahkan Yang Mana Mereka Tidak Memperlahankan Telefon Lama

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Minggu ini memperlihatkan Apple mengaku yang mana mereka memperlahankan iPhone generasi lama melalui kemaskini perisian, sekaligus membuatkan ramai pengguna tertanya-tanya sama ada pengeluar peranti mereka turut melakukan perkara sama.

Samsung Bateri

Pihak HTC dan Motorola sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya, dan kini Samsung turut mengatakan mereka tidak memperlahankan telefon lama mereka.

Samsung mengatakan mereka memfokuskan kepada kualiti penawaran mereka dan turut mengatakan yang mana peranti mereka melalui pelbagai tahap semakan keselamatan – termasuk memastikan bateri bertahan lama melalui pelbagai kitaran pengecasan.

Samsung turut mengatakan mereka tidak mengurangkan prestasi CPU pada peranti melalui kemaskini perisian.


TIPS & ULASAN