Xiaomi Kini Menghasilkan Mesin Pencukur Elektrik

Xiaomi Kini Menghasilkan Mesin Pencukur Elektrik

Diterbitkan pada Dis 30, 2017 oleh .

Xiaomi ialah syarikat yang kami rasakan unik di dalam arena teknologi. Mereka mengukir nama di dalam dunia pembuatan peranti pintar sebelum mula mengembangkan sayap menghasilkan barangan keperluan pengguna. Antara yang telah mereka hasilkan ialah penimbang berat, tilam, periuk nasi dan basikal. Terkini mereka telah mula menjual mesin pencukur elektrik.

Pencukur janggut elektrik ini mempunyai rekaan minimalis seperti produk-produk lain keluaran Xiaomi. Bateri yang digunakan mampu membekalkan kuasa selama 30 hari. Pengecasan pula dilakukan menggunakan port USB-C. Mata pisau pencukur ini dihasilkan di Jepun dan mengambil inspirasi dari samurai. Di China mesin pencukur ini dijual pada harga RMB 179 (~RM 112) sebuah.


TIPS & ULASAN