Rekaan Dan Spesifikasi Penuh Nokia 6 (2018) Tertiris

Rekaan Dan Spesifikasi Penuh Nokia 6 (2018) Tertiris

Diterbitkan pada Dis 30, 2017 oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan rekaan Nokia 6 (2018) telah tertiris selepas ia memasuki laman pensijilan TENAA di China. Peranti mengekalkan rekaan seperti model tahun ini dengan beberapa perubahan kecil seperti pengimbas cap jari diubah ke bahagian belakang. Hari ini spesifikasi lebih lengkap Nokia 6 (2018) telah didedahkan sepenuhnya oleh melalui laman TENAA.

Nokia 6 (2018) mengekalkan skrin 5.5″ HD penuh dengan nisbah 16:9. Pemproses yang menjananya mungkin Snapdragon 630 atau 660. Hanya kelajuan pemproses disenaraikan dan kedua-dua cip keluaran Qualcomm ini berkongsi kelajuan yang sama. Perbezaan hanya terletak pada cip grafik Adreno 508 atau Adreno 512.

Memori sebesar 4GB RAM dipadankan dengan storan sebesar 32/64GB. Kamera utama sebesar 16-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini. Sedikit mengejutkan ia masih lagi menggunakan Android 7.1.1.

Perbezaan lain apabila dibandingkan dengan model tahun lalu ialah tidak lagi menggunakan Snpadragon 430 serta rekaan dagu dan dahi yang lebih kecil.

Sumber TENAA menerusi NokiaMob


TIPS & ULASAN