Pengguna OnePlus 5T Kini Boleh Menguji Android 8.0 Oreo Beta

Pengguna OnePlus 5T Kini Boleh Menguji Android 8.0 Oreo Beta

Diterbitkan pada Dis 30, 2017 oleh .

Selepas menawarkan versi beta untuk Android 8.0 Oreo bagi para pengguna peranti OnePlus 5, kini pembangunnya turut memperluaskan penawaran kepada pengguna peranti OnePlus 5T.

OnePlus 5T Oreo

Bagi anda yang mempunyai telefon pintar OnePlus 5T, anda kini boleh memuat-turun dan mencuba versi pembangunan Oxygen OS berasaskan Android 8.0 Oreo.

Seperti ramai sedia maklum, ia menyertakan pelbagai pengoptimasian, termasuk ciri-ciri baru seperti Picture-in-Picture, kemudahan memilih teks, rekaan antaramuka baru, dan beberapa yang lain.

Anda yang mempunyai OnePlus 5T, boleh ke forum rasmi OnePlus hari ini, dan memuat-turun versi beta ini.


TIPS & ULASAN