Menjadi kebiasaan kepada ramai pengguna peranti mudah-alih untuk memberikan kebenaran kepada pelbagai aplikasi untuk mengakses beberapa ciri-ciri pada telefon – dan kadang-kala kebenaran diberikan tanpa membaca dan mengetahui apakah ia akan akses.
Kini, melalui laporan NYTimes, ia didapati yang mana sejumlah aplikasi mudah-alih menggunakan integrasi perisian yang dibangunkan oleh Alphonso dan mengakses mikrofon pengguna untuk mengetahui apakah rancangan TV, pengiklanan atau filem yang sedang ditonton oleh seseorang pengguna.
Seperti biasa, Alphonso meminta kebenaran daripada pengguna untuk mengakses mikrofon dan lokasi sebelum mengumpulkan data berkaitan. Integrasi perisian ini dilihat hadir pada sekitar 250 permainan di Google Play Store, dan beberapa di Apple App Store.
Bagi para pengguna peranti pintar, anda sering dinasihatkan untuk membaca penerangan sesuatu aplikasi sebelum memasangnya – dan pada masa yang sama mengenal-pasti terlebih dahulu apakah kebenaran yang diberikan oleh anda untuk sesuatu aplikasi.