Asus Mula Menawarkan Kemaskini Android Oreo Untuk Zenfone 4

Asus Mula Menawarkan Kemaskini Android Oreo Untuk Zenfone 4

Diterbitkan pada Dis 31, 2017 oleh .

Asus kini melalui forum rasmi mereka telah mengumumkan pengenalan kemaskini baru untuk Zenfone 4 (ZE554KL) dimana bersama-sama dengannya ia menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo.

Asus Zenfone 4 telah dilancarkan beberapa bulan lepas, dan dijual di Malaysia pada harga RM2099.

Melalui kemaskini Android 8.0 Oreo, ia menyertakan sejumlah ciri baru, termasuk sokongan Picture-in-Picture, sokongan Instant Apps, antaramuka yang dikemaskini, had penggunaan aplikasi pada latar, dan sejumlah ciri menarik yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Zenfone 4, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda bermula hari ini.


TIPS & ULASAN