Cari @ Amanz

Tahun baru. Azam baru. Tempat kerja baru. Tempat tinggal baru. Kereta baru. Motor baru. Baju baru. Seluar baru. Komputer baru. Tetikus baru. Paparan skrin baru. Jam baru. Telefon pintar baru ?

Dan jika anda mencari telefon pintar baru, mengakhiri tahun 2017 Asus Malaysia telahpun memulakan penjualan peranti terkini mereka iaitu Asus Zenfone Max Plus. Asus Zenfone Max Plus ini merupakan versi dimana Asus mencipta peranti dengan spesifikasi semaksimum mungkin, namun ditawarkan pada harga yang sangat menarik, iaitu dibawah RM 1,000.

Peranti ini dikuasakan oleh cip MediaTek MT 6750 1.5GHz lapan-teras dengan RAM sebanyak 4GB yang telah menjadi kebiasaan pelbagai peranti di pasaran bagi membuatkan peranti beroperasi dengan lebih lancar. Bagi tujuan storan, ia menawarkan kapasiti storan 32GB yang boleh ditambah sehingga 256GB menggunakan slot kad SD-Mikro.

Menariknya pada peranti ini turut membawakan trend terkini tahun 2017, iaitu paparan skrin bernisbah 18:9. Ia sekaligus menjadikan paparannya lebih luas, sebesar 5.7-inci dengan resolusi 1440 x 720. Paparannya juga mempunyai kaca 2.5D yang membuatkan ia melengkung di bahagian tepi, menambahkan keselesaan menggenggam peranti tersebut.

Satu lagi trend terkini tahun 2017 adalah keupayaan melakukan nyahkunci peranti menggunakan wajah. Fungsi Face Unlock turut disertakan pada Asus Zenfone Max Plus ini, dimana pengguna boleh mengaktifkan peranti semudah melihatnya, namun masih menyertakan pengimbas cap jari dibahagian belakang sebagai langkah alternatif yang masih pantas.

Asus juga turut menawarkan kamera pada spesifikasi yang tidak terkalah, dengan kamera 16MP selfie dan juga dwi-kamera 16MP PixelMaster di bahagian belakang. Kamera ini juga boleh merakam sudut lebar 120-darjah, membolehkan gambar pemandangan atau pun gambar bersesuaian dengan keadaan luas dirakam dengan mudah.

Dan akhir sekali bagi melengkapkan kesemua ciri-ciri diatas, sesuatu peranti itu haruslah mempunyai kapasiti bateri yang bertahan lama. Seumpama namanya, Asus Zenfone Max Plus menyertakan bateri berkapasiti 4130 mAh yang mampu memberikan waktu bertahan sehingga 26 hari. Malah sekiranya peranti tersebut hanya mempunyai 10% tenaga, ia boleh bertahan selama 67 jam. Menurut Asus, anda juga boleh bersembang selama 3 jam sekiranya anda mengecas peranti selama 15 minit.

Meskipun spesifikasinya tidak terkalah untuk peranti dalam kelas pertengahan, Asus menjanjikan penawaran Zenfone Max Plus ini pada harga dibawah RM 1,000. Peranti ini ditawarkan pada harga RM 899, yang turut disertakan dengan cesi bagi digunakan. Sekiranya anda mencari peranti yang mempunyai ciri-ciri terkini pada harga yang sangat mampu milik, Asus Zenfone Max Plus perlu anda miliki.

Penafian: Advertorial Dari Asus Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd