Telegram Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Untuk Pengguna Android

Telegram Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Dis 31, 2017 oleh .

Selepas mengujinya pada versi beta beberapa hari yang lepas, kini Telegram telah memperkenalkan kemaskini baru untuk para pengguna Android sekaligus menawarkan ciri multi-akaun kepada semua pengguna.

Melalui versi 4.7 yang diperkenalkan pada minggu ini, kini pengguna peranti Android boleh menambah sehingga tiga akaun Telegram berbeza pada aplikasi yang sama.

Dengannya, anda boleh bertukar-tukar kepada akaun berbeza dengan nombor telefon berbeza pada aplikasi yang sama. Disamping itu, anda juga turut boleh menerima notifikasi daripada pelbagai akaun pada waktu sama – atau mengawalnya melalui tetapan notifikasi dalam aplikasi.

Disamping untuk pengguna Android, Telegram 4.7 untuk pengguna iOS pula menyertakan sokongan empat tema berwarna baru berbanding yang sedia ada – sekaligus memberikan anda pilihan empat tema berbeza.

Bagi anda yang menggunakan Telegram Messenger, boleh mengemaskini aplikasi Android dan iOS anda hari ini, serta menikmati ciri baru yang dibawakan ini.


TIPS & ULASAN