Xiaomi Mula Menawarkan Kemaskini Android 8.0 Oreo Untuk Mi A1

Xiaomi Mula Menawarkan Kemaskini Android 8.0 Oreo Untuk Mi A1

Diterbitkan pada Dis 31, 2017 oleh .

Xiaomi kini nampaknya mengekalkan janji mereka untuk menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk Mi A1 pada penghujung 2017, dan telah mula menawarkannya bermula hari ini kepada semua pengguna Mi A1 seluruh dunia.

Kemaskini ini ditawarkan secara berperingkat kepada semua, dan anda akan mula menerima notifikasi kemaskini bermula daripada hari ini.

Xiaomi Mi A1 Oreo

Melalui Android 8.0 Oreo, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk sokongan Picture-in-Picture untuk memudahkan multi-tugasan, sokongan Notifications Dot yang memaparkan titik berwarna pada ikon aplikasi, kemaskini pada antaramuka, dan sejumlah ciri-ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Mi A1, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN