Oppo F5 Edisi Fattah Amin Boleh Dipra-Tempah Pada 5 Januari 2018

Oppo F5 Edisi Fattah Amin Boleh Dipra-Tempah Pada 5 Januari 2018

Diterbitkan pada Dis 31, 2017 oleh .

Oppo Malaysia sebelum ini telah berkongsi yang mana mereka akan menawarkan sebuah telefon pintar edisi khas bersepena Fattah Amin, dan kini ia turut dikongsikan yang mana telefon pintar berkenaan boleh dipra-tempah bermula 5 Januari 2018 kelak.

Oppo F5 Fattah Amin

Oppo F5 edisi khas ini hadir dengan skrin 6-inci, cip MediaTek MT6763T, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 20-megapixel. Melengkapkannya juga adalah sokongan dwi-SIM, dan bateri berkapasiti 3200mAh. Oppo F5 edisi Fattah Amin ini hadir dalam pilihan warna hitam, dan dilengkapi dengan tanda tangan Fattah Amin di belakang.

Melengkapkan peranti edisi terhad ini juga adalah nada dering khusus ucapan Fattah Amin yang turut boleh digunakan sebagai jam penggera, sejumlah gambar Fattah Amin, dan juga gambar latar Fattah Amin untuk peranti anda.

Oppo F5 Fattah Amin

Harga jualannya masih belum diumumkan buat masa ini, dan pra-tempahannya akan dibuka bermula 5 Januari 2018 kelak pada pukul 12 tengah hari.


TIPS & ULASAN