Carian
Penganalisa : Terdapat Kebarangkalian 40% Dimana Apple Membeli Netflix
January 2, 2018 Aman

Arena penstriman video semakin mendapat perhatian ramai – termasuk Amazon, Apple dan Google. Buat masa ini, ia boleh dikatakan pasaran berkenaan masih diterajui oleh Netflix, dan turut dijangka menerima persaingan sengit daripada Disney yang lain.

Terkini, menurut penganalisa Citi, ia dikatakan terdapat kebarangkalian yang mana Apple mungkin mengambil-alih Netflix – sekaligus terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena berkenaan. Citi mengatakan kebarangkalian berkenaan adalah sekitar 40%.

Apple sendiri dikatakan menghadapi cabaran dalam menawarkan perkhidmatan penstriman video mereka untuk menawarkan kandungan eksklusif pada platform.

Disamping itu, penganalisa berkenaan turut memperlihatkan kebarangkalian yang kurang 20% untuk pengambil-alihan pembangun permainan seperti Take-Two, EA atau Activision. Penganalisa sama turut mengatakan kurang 10% kebarangkalian yang mana Apple mengambil-alih Tesla.

Seperti biasa, ini sekadar analisa biasa dari segi kewangan dan memperlihatkan impak pengambil-alihannya terhadap saham Apple.

Bagi anda sendiri, apakah syarikat yang anda sasarkan mungkin diambil-alih oleh Apple?

Komen