Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan untuk Oppo F5 Edisi Fattah Amin – dimana ia mengekalkan harga jualan seperti versi Oppo F5 biasa, iaitu RM1298.
Oppo F5 hadir dengan skrin 6-inci pada nisbah skrin 18:9 dan rekaan skrin hampir nirbingkai, dilengkapi cip MediaTek Helio P23, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB dan bateri berkapasiti 3200mAh. Melengkapkannya adalah kamera belakang 16-megapixel dan kamera selfie 20-megapixel.
Untuk edisi Fattah Amin ini, beberapa kandungan tambahan turut disertakan, termasuk audio yang boleh digunakan untuk nada dering atau jam penggera, gambar latar Fattah Amin dan koleksi gambar Fattah Amin. Oppo juga turut menyediakan kerangka luar khusus dengan lakaran Fattah Amin, serta poskad dan juga patung kertas bersaiz kecil.
Bagi anda yang berminat, boleh pra-tempah Oppo F5 Edisi Fattah Amin ini bermula 5 Januari 2018 ini.