Pada hari ini, kita mungkin sedia biasa dengan penawaran internet berasaskan jalur-lebar atau talian mudah-alih. Tetapi bagaimana pula dengan pancaran melalui satelit? Kini, salah satu perkhidmatan baru dijangka dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, dinamakan CONNECTme.
CONNECTme memerlukan anda memasang sebuah piring satelit khusus di rumah sebelum dapat menggunakan perkhidmatan mereka – lebih kurang seperti perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan perkhidmatan CONNECTme meliputi 100% Malaysia, dan tidak perlu risau mengenai tiada liputan jalur-lebar dan sebagainya di kawasan anda.
Walaubagaimanapun, harga langganannya boleh dikatakan sedikit mahal berbanding penawaran biasa. CONNECTme ditawarkan pada harga bermula RM25 untuk 1GB dan pada kelajuan 15Mbps – atau turut ditawarkan dalam pilihan RM450 sebulan untuk had 25GB pada kelajuan 15Mbps. Harga ini tidak termasuk harga deposit yang perlu dibayar.
CONNECTme dijangka akan dilancarkan kepada umum pada 8 Mac 2018 kelak – dan bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran minat di laman rasmi mereka.
- Layari : CONNECTme