Kodi Kini Boleh Dimuat Turun Di Xbox One – Dibina Menggunakan Universal Windows Platform

Kodi Kini Boleh Dimuat Turun Di Xbox One – Dibina Menggunakan Universal Windows Platform

Diterbitkan pada Jan 2, 2018 oleh .

Salah satu ciri yang cukup menarik bagi aplikasi-aplikasi yang dibina menggunakan platform pengaturcaraan Universal Windows Platform (UWP) ialah kebolehannya untuk hadir di pelbagai platform Microsoft, termasuklah Windows 10 dan juga Xbox.

Terkini, Kodi, syarikat pembuat perisian multimedia sumber terbuka yang hadir di platform-platform seperti Windows, Android, iOS, MacOS dan Linux kini menyatakan bahawa perisian tersebut kini boleh dimuat-turun pada platform konsol Xbox One,

Menariknya, sejarah Kodi bermula di platform Xbox, dan sebelum ini dinamakan Xbox Media Center (XBMC), sebuah perisian yang memudahkan pengguna Xbox untuk mengakses fail-fail media mereka.

Buat masa ini, perisian Kodi boleh dikatakan masih lagi berada di fasa beta, dan hanya hadir dengan beberapa ciri-ciri asas, seperti menunjukkan fail-fail media didalam Xbox tersebut, dan juga fail-fail yang dikongsi dalam rangkaian yang sama melalui NFS://.

Pembina Kodi sendiri berkata bahawa masih terdapat banyak lagi ciri-ciri yang belum lagi hadir pada perisian Xbox One mereka, dan kebanyakan daripada ini adalah kerana had yang ditetapkan untuk memastikan bahawa perisian ini boleh dimuat-turun melalui Windows Store.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka akan terus memperbaiki perisian tersebut, dan akan memastikan ia berada di taraf yang sama dengan perisian Kodi di platform-platform yang lain.


TIPS & ULASAN