LG Bakal Mempertontonkan Televisyen 88-inci Beresolusi 8K Pada CES 2018
LG

LG Bakal Mempertontonkan Televisyen 88-inci Beresolusi 8K Pada CES 2018

Diterbitkan pada Jan 2, 2018 oleh .

Acara Consumer Electronics Show 2018 bakal berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi, dan nampaknya sudahpun ada beberapa produk yang cukup menarik yang dapat dilihat di Las Vegas tidak lama lagi.

Salah satu daripada produk-produk ini ialah televisyen bersaiz 88 inci daripada syarikat pembuat peralatan elektronik LG. Lebih menarik lagi, tekevisyen baru ini hadir dengan resolusi 8K, dan menggunakan teknologi paparan OLED LG.

Buat masa ini, butiran seperti nama dan spesifikasi-spesifikasi lain masih belum diumumkan, Apa yang kita ketahui sekarang ialah televisyen bersaiz 88 inci ini menggunakan paparan OLED yang paling besar setakat ini, dan juga mempunyai resolusi yang paling tinggi.

Apa-apa pun, buat masa ini, kita tunggu sahaja acara CES 2018 tahun ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TV ini dan juga pembesar suara yang diumumkan pada minggu lepas.


TIPS & ULASAN