Samsung Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Yang Boleh Digulungkan

Samsung Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Yang Boleh Digulungkan

Diterbitkan pada Jan 2, 2018 oleh .

Samsung sedia mempunyai sejumlah paten memfokuskan kepada panel skrin, dan kini gergasi teknologi dari Korea Selatan ini turut dilihat memfailkan peranti dengan skrin yang boleh digulingkan.

Daripada pemfailan paten yang diperlihatkan, ia menunjukkan peranti yang mengaktifkan skrin boleh digulungkan menggunakan pengimbas cap jari. Ia menggunakan sebuah motor yang kecil untuk proses mengulungkan dan membuka skrin berkenaan.

Samsung Skrin Gulung

Seperti biasa, buat masa ini, ia hanya pada peringkat paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat telefon atau tablet yang menggunakan teknologi ini.

Untuk tahun 2018 ini sendiri, ia diperkatakan yang mana skrin boleh-lipat akan menjadi fokus ramai pengeluar seluruh dunia.


TIPS & ULASAN