Lenovo mempunyai beberapa telefon pintar dibawah siri-K, dan terkini mereka memperkenalkan Lenovo K320t di China, menjadikan ia antara peranti terawal Lenovo yang hadir dengan skrin nisbah 18:9 dan juga sokongan dwi-kamera dibelakang.
Lenovo K320t ini hadir dengan skrin 5.7-inci dengan resolusi HD+ dengan nisbah 18:9, menggunakan cip empat-teras Spreadtrum 1.3Ghz, memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 3000mAh.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan sensor 8-megapixel dan 2-megapixel dibelakang, dan kamera hadapan 8-megapixel.
Lenovo turut menyertakan bicu audio 3.5mm bersama dengannya, dan dilengkapi pengimbas cap jari dibelakang.
Lenovo dilihat memposisikan peranti ini untuk bersaing dengan pelbagai peranti berharga rendah yang lain tetapi menyertakan ciri-ciri terkini kepada pengguna. Di China, ia ditawarkan oleh Lenovo pada harga CNY999 (~RM618).