Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan “Samsung DeX” yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar Galaxy S8 atau Galaxy Note 8 sebagai komputer dengan menghubungkan ia kepada monitor melalui Samsung DeX Station. Ia sekaligus membolehkan pengguna membuat pelbagai tugasan produktif dengan mudah dan melalui kuasa pemprosesan telefon pintar berkenaan.

Kini, selain daripada “Samsung DeX”, pihak Samsung didapati telah mendaftarkan tanda dagang “DeX Pad”. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana pengeluar peranti terkemuka berkenaan mungkin memperkenalkan aksesori DeX yang baru bersama-sama pengenalan Galaxy S9 dan S9+ kelak.

Samsung DeX

Seperti biasa, ia masih menjadi tanda tanya apakah aksesori baru ini. Adakah ia akan menawarkan akses tanpa wayar, atau adakah ia akan membolehkan anda menghubungkan telefon menjadi skrin tablet seperti penawaran Asus sebelum ini. Ataupun adakah ia menawarkan ciri menggunakan telefon pintar untuk menguasakan aksesori seumpama komputer riba dan meningkatkan produktiviti.

Menurut SamMobile, ia dikatakan Samsung mungkin menawarkan sokongan dok untuk akses dengan lebih mudah, selain turut mungkin menawarkan penggunaan skrin telefon pintar sebagai touchpad untuk desktop. Dengan pihak Samsung sendiri memperluaskan sokongan DeX untuk menyokong sistem operasi Linux – ia semestinya akan membuatkan ramai yang ingin mendapatkan peranti Samsung untuk pengalaman desktop, serta membeli penambahan aksesori DeX yang ditawarkan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan Samsung melalui “DeX Pad” ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd