Xiaomi Redmi 5A Ditawarkan Pada Harga RM339 Untuk Hari ini

Xiaomi Redmi 5A Ditawarkan Pada Harga RM339 Untuk Hari ini

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Xiaomi Redmi 5A merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Xiaomi untuk pasaran Malaysia, dan berharga RM399. Walaubagaimanapun, hari ini bersempena dengan tahun baru, pihak Lazada menawarkannya pada harga diskaun RM339.

Xiaomi Redmi 5A

Xiaomi Redmi 5A hadir menggunakan skrin 5-inci dengan paparan HD, dilengkapi cip Snapdragon 425, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Xiaomi Redmi 5A menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Penawaran harga RM339 untuk hanya hari ini adalah lebih murah berbanding harga RM379 yang ditawarkan pada 12.12 yang lepas.

Bagi anda yang bercadang untuk mendapatkannya sebelum ini, mungkin boleh menyemak dan mendapatkannya daripada Lazada hari ini.

Beli : Xiaomi Redmi 5A di Lazada


TIPS & ULASAN