Cari @ Amanz

Samsung sering memperlihatkan sejumlah projek-projek pembangunan mereka yang baru melalui bahagian C-Lab mereka. Terkini, dengan CES 2018 yang menjelang tiba, Samsung mengambil peluang untuk memperlihatkan tiga projek baru mereka dibawah C-Lab.

Tiga projek baru berkenaan adalah S-Ray, GoBreath dan juga Relumino.

Samsung S-Ray

S-Ray adalah sebuah speaker mudah-alih yang boleh dibawah anda ke mana-mana, dan bunyi yang dihasilkannya hanya ditujukan kepada pengguna yang memakainya pada leher. Penggunaan S-Ray sekaligus membolehkan anda mengatasi ketidak-selesaan memakai fontelinga untuk jangka masa lama, selain menawarkan sokongan audio khusus untuk anda yang lebih baik berbanding yang lain.

GoBreath pula dilihat memfokuskan kepada mereka yang mempunyai masalah paru-paru yang mengajar pesakit dengan beberapa teknik asas seperti pernafasan dalam, dan yang lain-lain melalui sebuah peranti khusus serta sebuah aplikasi mudah-alih.

Dan akhir sekali adalah Relumino yang mana merupakan sebuah kaca mata pintar untuk membantu mereka dengan masalah penglihatan untuk melihat dengan lebih jelas ketika sedang membaca buku atau melihat sesuatu objek.

Seperti biasa, semua projek ini adalah dibawah C-Lab dan tidak diketahui sama ada akan dikomersialkan ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd