Carian
Pengguna Galaxy S8 Dan Note 8 Melaporkan Masalah Skrin Peranti Hidup Secara Rawak
January 3, 2018 Effi Saharudin

Skrin peranti yang dimatikan biasanya akan menyala apabila notifikasi diterima. Dengan mematikan skrin, peranti dapat bertahan lebih lama dan pengguna tidak perlu risau membawa powerbank kemana-mana. Tetapi bagi pengguna Galaxy S8. S8+ dan Note 8, mereka mula mengalami masalah skrin yang hidup secara rawak.

Skrin menyala secara tiba-tiba walaupun ia tidak menerima sebarang notifikasi. Menurut pengguna, masalah mula disedari selepas menerima kemaskini untuk bulan November. Apabila skrin menyala, mereka melaporkan ia pada tetapan tertinggi dan mengganggu ketika sedang tidur. Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai masalah ini. Hanya minggu lalu terdapat laporan Note 8 gagal dicas selepas bateri mencecah 0%.

Komen