Samsung Memperkenalkan Monitor Melengkung QLED Pertama Dilengkapi Thunderbolt 3

Samsung Memperkenalkan Monitor Melengkung QLED Pertama Dilengkapi Thunderbolt 3

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Samsung hari ini mengumumkan penawaran monitor baru mereka, iaitu Samsung CJ791 yang mana hadir dengan rekaan skrin melengkung, dan dilengkapi dengan panel QLED. Monitor bersaiz 34-inci ini juga turut dilengkapi dengan sambungan Intel Thunderbolt 3.

Monitor ini membawakan paparan resolusi 3440×1440 pixel dengan nisbah skrin 21:9. Samsung turut melengkapkan panel QLED ini dengan penawaran warna spektrum 125% sRGB, serta sudut penglihatan 178-darjah.

Samsung QLED Thunderbolt 3

Dengan sambungan Thunderbolt 3 turut memudahkan pengguna untuk menghubungkan monitor ini kepada komputer tanpa perlu menggunakan perwayaran yang banyak berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan dan akan diperlihatkan di CES 2018 kelak. Mungkin kita akan melihat ia dijual dalam masa beberapa bulan lagi.

Samsung QLED Thunderbolt 3


TIPS & ULASAN