Carian
SoCar Kini Di Malaysia – Perkhidmatan Menyewa Kenderaan Melalui Aplikasi
January 3, 2018 Aman

SoCar, salah satu perkhidmatan menyewa kenderaan mengikut jam daripada Korea Selatan kini dilihat telah memperluaskan penawaran mereka untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, pengguna boleh kemana-mana lokasi yang mempunyai SoCar, memuat-turun aplikasi, dan menyewa kenderaan berkenaan mengikut jam.

SoCar Malaysia

Harga sewa adalah berbeza mengikut sesuatu jenis kenderaan, dan ia dipaparkan pada aplikasi sebelum anda menyewanya. Pada harga yang dipaparkan, pengguna akan diberikan dengan minyak, serta perjalanan sehingga 15 kilometer dalam tempoh sejam. Sebarang perjalanan tambahan akan dicaj sebanyak 25 sen untuk setiap kilometer.

SoCar

Pihak SoCar turut menekankan yang mana pengguna perlu mempunyai lesen kenderaan penuh, dan kenderaan mereka tiada Smart Tag atau Touch ‘n Go, dimana pengguna perlu membawanya sendiri.

Buat masa ini, lokasi penawaran SoCar masih terhad, dan mungkin kita akan dapat melihat ia diperluaskan dari hari ke hari.

Komen