LG sebelum ini telah hadir dengan LG Optimus G pada 2012 yang lepas, dan selepas itu, mereka telah mula memanggil peranti berspesifikasi tinggi mereka dibawah nama keluarga LG G. Sejak daripadanya beberapa generasi telah diperkenalkan, dan paling terakhir adalah LG G6.
Kini, hadir laporan baru mengatakan LG mungkin menjenamakan semula siri peranti mereka dengan nama baru atau menggunakan dua digit pada penamaan – seumpama yang dilakukan pada siri V.
Menurut The Investor, pihak LG telah mengesahkan yang mana mereka ingin menjenamakan semula siri-G, dan nama akhir untuknya masih tidak diketahui lagi.
LG dijangka memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka sekitar bulan Februari atau Mac kelak, dan mungkin kita akan mengetahui sama ada ia akan dikenali sebagai LG G7 atau dengan nama lain.