Microsoft : Edge Lebih Menjimatkan Bateri Dan Efisyen Berbanding Google Chrome

Microsoft : Edge Lebih Menjimatkan Bateri Dan Efisyen Berbanding Google Chrome

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Persaingan dalam arena pelayar web antara Microsoft dan Google bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, kita telah melihat kedua-dua syarikat gergasi mengatakan masing-masing menawarkan pelayar web yang lebih pantas dan selamat kepada pengguna.

Kini, memulakan pada tahun baru 2018, Microsoft hadir dengan iklan baru yang menyasarkan pengguna Chrome, mengatakan Edge lebih efisyen dan pantas berbanding Chrome.

Microsoft dilihat membuat ujian baru ini pada sistem operasi Windows 10 terkini menjalankan Microsoft Edge 16, Chrome 62, Firefox 57 dan juga Opera 59.

Daripada ujian yang dilakukan oleh Microsoft, komputer riba yang menjalankan Edge didapati menawarkan masa penggunaan bateri selama lebih 16 jam, berbanding CHrome hanya sekitar 13 jam sahaja. Firefox mencatatkan masa lebih rendah iaitu sekitar 9 jam.

Disamping itu, Microsoft turut mengatakan yang mana Edge lebih selamat dan menghalang lebih 18% laman berbentuk phishing berbanding Chrome. Edge juga dikatakan lebih 48% pantas berbanding dengan Chrome.

Dalam arena pelayar web, Google Chrome boleh dikatakan masih menjadi pilihan ramai pengguna jikalau dibandingkan dengan Edge. Melalui pengiklanan ini, Microsoft dilihat ingin menarik pengguna untuk mencuba pelayar web Edge berkenaan – apatah lagi kini ia turut ditawarkan pada peranti mudah-alih Android dan iOS.

Dengan ujian ini yang dilakukan oleh Microsoft juga, kita mungkin melihat ujian susulan daripada pihak lain untuk tujuan yang sama.


TIPS & ULASAN