Carian
Pemprosesan Intel, AMD Dan ARM Terkesan Dengan Kerentanan Baru – Meltdown & Spectre
January 4, 2018 Aman

Lanjutan daripada laporan awal semalam mengatakan cip Intel terkesan dengan kerentanan sekuriti yang baru, kini pengkaji sekuriti telah pun memperlihatkan kajian mereka, dan menamakan kerentanan baru ini dengan nama Meltdown dan Spectre. Masing-masing memberikan kesan kepada hampir kesemua cip pemprosesan terbaru yang digunakan pada komputer, peranti mudah-alih dan juga pelayan web.

Meltdown dan Spectre ini menggunakan kerentanan pada pemprosesan untuk mengakses data dan informasi yang kebiasaannya tidak boleh diakses program lain. Data ini mungkin turut melibatkan data sensitifi seperti kata laluan, dan sebagainya.

Daripada kajian yang diterbitkan, kerentanan Meltdown ini hanya didapati memberikan impak untuk pemprosesan Intel sahaja, sebaliknya Spectre dilihat memberikan kesan kepada cip Intel, dan sejumlah cip AMD dan jug ARM.

Meltdown Spectre

Ini sekaligus membuatkan Spectre mengancam hampir keseluruhan peranti. Pengkaji turut mengatakan mereka masih belum menemui sebarang laporan yang mengatakan pengguna digodam dengan kedua-dua kerentanan ini buat masa ini.

Untuk mengatasinya, ia dilihat perlu dilaksanakan melalui kemaskini sistem operasi. Google telah mula memperkenalkan kemaskini untuk Android melalui kemaskini sekuriti bulanan, selain perkara sama untuk sistem operasi Linux. Microsoft turut telah mula menawarkan kemaskini sekuriti berkenaan untuk versi pembangunan terkini – dan perkara sama juga turut dilakukan pihak Apple.

Komen