Cari @ Amanz

Penghantaran mesej ialah medium perhubungan paling popular di masa kini. Walaupun panggilan telefon kini boleh dilakukan percuma, menghantar mesej menggunakan WhatsApp lebih mudah dan pantas. Di ambang tahun baru 2018, perkhidmatan pemesejan terpopular ini telah mencatatkan rekod baru.

WhatsApp AboutSebanyak 75 bilion mesej telah dihantar pada 31 Disember 2017. Ini memecahkan rekod dunia sebelum ini ialah 63 bilion mesej yang dipegang mereka tahun lalu. Sebanyak 13 bilion gambar dan 5 bilion video dihantar pengguna platform ini. Rekod ini masih berjaya dicatatkan sungguhpun terdapat gangguan perkhidmatan di Eropah dan Amerika Utara pada hari tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd