Opera 50 Dilancarkan Dengan Perlindungan Daripada Skrip Melombong Kriptowang

Opera 50 Dilancarkan Dengan Perlindungan Daripada Skrip Melombong Kriptowang

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Antara perkara baru yang muncul tahun lalu ialah skrip hasad yang digunakan pada laman yang menggunakan pemproses komputer pelawat sebagai pelombong kriptowang tanpa kebenaran. Masalah cryptojacking menyebabkan pemproses bekerja keras tanpa sebab sekaligus memperlahankan komputer. Sekiranya anda tidak mahu menjadi mangsa, Opera 50 baru sahaja dilancarkan dengan anti pelombong kriptowang terbina.

Opera NoCoinSebelum ini fungsi ini hanya ditawarkan pada Opera 50 Beta. Untuk mengaktifkan sistem perlindungan ini, aktifkan pilihan “No Coin” pada tetapan Block Ads Opera 50. Penggunaan skrip pelombong kriptowang kini berlaku amat berleluasa sebagai cara mendapatkan pendapatan oleh pemilik laman sesawang. Tetapi ia tidak beretika kerana tidak meminta kebenaran dari pengguna terlebih dahulu. Bagi pengguna pelayar lain, pemalam No Coin turut ditawarkan pada Chrome.

Muat turun Opera 50 dengan pelindung pelombong kriptowang


TIPS & ULASAN