Setiap Pekerja Apple Campus Akan Menggunakan Kerusi Berharga RM5000 Ini

Setiap Pekerja Apple Campus Akan Menggunakan Kerusi Berharga RM5000 Ini

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Kerusi di pejabat biasanya dibeli secara pukal oleh majikan dengan kos yang paling minimum. Keselesaan pekerja tidak berapa penting dan akibatnya masalah sakit pinggang ialah epidemik yang melanda kesemua pekerja pejabat. Bagi mengurangkan risiko ini, pekerja digalakkan bergerak dan berjalan setiap beberapa jam.

Di Apple mereka menyedari masalah perabot pejabat ini dan cuba menyelesaikannya dengan pembelian perabot yang terbaik. Di Apple Campus yang baru dibuka, setiap pekerja akan menggunakan kerusi Pacific Chair keluaran Vitra yang dijual pada harga $1200 (~RM 4826) sebuah.

Kerusi ini bukan sahaja direka bagi memastikan keselesaan pengguna tetapi ia juga amat senyap. Ini adalah penting supaya ia tidak mengeluarkan bunyi-bunyi mengeriuk yang mengganggu rakan sepejabat seperti kerusi biasa. Pemilihan Pacific Chair ini dilakukan sendiri oleh Sir Jony Ive.

Di Apple mereka menyedari pekeja ialah aset yang perlu dijaga kesihatannya. Maka pembelian kerusi yang mahal untuk kesemua 12,000 pekerja adalah pelaburan yang berbaloi untuk masa depan syarikat. Berapakah harga kerusi yang sedang adan duduki di pejabat sekarang?


TIPS & ULASAN