Xiaomi Memulakan Ujian Android Oreo Beta Untuk Pengguna Mi Mix 2

Xiaomi Memulakan Ujian Android Oreo Beta Untuk Pengguna Mi Mix 2

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Xiaomi Mi Mix 2 merupakan salah satu telefon pintar berkuasa tinggi baru daripada Xiaomi, dan hadir dengan rekaan nirbingkai. Ia telah mula ditawarkan di Malaysia sejak penghujung tahun lepas pada harga RM2199.

Sekiranya anda merupakan antara pemilik Mi Mix 2, anda kini boleh mendaftar minat untuk mencuba Android Oreo Beta, sekaligus menjadi antara yang terawal menggunakan sistem operasi berkenaan.

Penawaran ujian beta ini adalah untuk versi global, dan bukannya untuk versi China seperti kebiasaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak dan mendaftar minat untuk menguji Android Oreo beta pada Mi Mix 2 anda hari ini.


TIPS & ULASAN