Cari @ Amanz

Asus Malaysia sebelum ini sedia menawarkan Asus Zenfone 4 Max (ZC520KL) untuk pasaran tempatan pada harga RM799. Kini, bersempena dengan tahun baru 2018, Asus dilihat menawarkan promosi khusus, dan memberikan diskaun sebanyak RM100 untuk harga jualannya.

Asus Zenfone 4 Max

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone 4 Max hadir dengan skrin 5.2-inci, cip Snapdragon 425, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Peranti ini memfokuskan penawaran bateri, dimana ia hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh – selain turut menyertakan dwi-kamera dibelakang, mengabungkan sensor 13MP dan 5MP. Asus Zenfone 4 Max turut menggunakan kamera selfie 8-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada pengedar Asus pada harga RM699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd