Cari @ Amanz

Lanjutan kepada laporan mengenai kerentanan CPU Meltdown dan Spectre yang membelenggu Intel, ARM dan AMD, Microsoft nampaknya sedang berusaha dengan keras untuk memperbaiki masalah-masalah ini.

Tidak lama selepas kerentanan ini dilaporkan oleh pelbagai media teknologi di seluruh dunia, Microsoft sudahpun hadir dengan perisian kemaskini untuk mengurangkan masalah yang dibawa oleh Meltdown dan juga Spectre.

Kemaskini ini dilihat memperbaiki beberapa kerentanan yang dikatakan boleh dieksploitasi oleh para penggodam, tetapi tidak menyatakan secara khusus jika kerentanan-kerentanan tersebut berkaitan dengan Meltdown dan Spectre ataupun tidak.

Menurut pihak Microsoft lagi, kemaskini-kemaskini ini akan dimuat-turun secara automatik untuk pengguna Windows 10, tetapi untuk pengguna Windows 7 dan 8, mereka akan perlu memuat-turun kemaskini ini secara manual apabila ia hadir pada sesi kemaskini minggu hadapan.

Untuk maklumat kemaskini yang lebih khusus, anda boleh membaca laporan Microsoft di laman web mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd