Cari @ Amanz

Baru-baru ini, para penyelidik dari Symantec telah menjumpai sebuah aplikasi perisian hasad yang menyerupai aplikasi perkongsian kenderaan Uber yang mencuri maklumat log masuk pengguna Uber.

Perisian hasad ini dilihat meniru rekaan UI log masuk aplikasi Uber, dan apabila pengguna memasukkan butiran akaun mereka melalui menu pop-up seperti nama pengguna dan juga kata laluan. butiran tersebut akan dihantar terus ke mesin pelayan penggodam tersebut, dan mereka akan mempunyai butiran-butiran tersebut untuk tujuan yang jahat.

Menurut penganalisa Symantec, masalah perisian hasad ini, walaupun serius, tidak membelenggu ramai pengguna, kerana ia hanya hadir melalui aplikasi yang dimuat-turun melalui cara-cara selain daripada Google Play Store.

Apa-apa pun, kami sarankan anda seboleh-bolehnya hanya memuat turun aplikasi Android melalui Google Play Store untuk memastikan peranti anda selamat daripada masalah perisian-perisian hasad seperti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd