Carian
Dell XPS 13 Baru Diperkenalkan – Lebih Ringan Dan Nipis, Bateri Sehingga 19 Jam
January 4, 2018 Aman

Dell hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk komputer riba popular mereka, Dell XPS 13. Ia seperti semua sedia maklum, membawakan rekaan nirbingkai, dan versi 2018 ini bersaiz lebih nipis dan ringan berbanding dengan XPS 13 generasi sebelum ini.

Dell turut mengatakan yang mana mereka mempertingkatkan prestasi XPS 13 baru ini sehingga hampir 80% berbanding sebelumnya. Rekaan luaran juga sedikit berbeza berbanding sebelumnya, dimana kamera kini diposisikan pada bahagian tengah bawah skrin.

Dell XPS 13 2018

Dell XPS 13 (9370) hadir dengan skrin 13.3-inci menggunakan rekaan nirbingkai yang dikenali dengan nama Infinity Edge, dan menawarkan resolusi sehingga 3840×2160 pixel. Dell melengkapkan ia dalam pilihan cip Intel Core i5 atau i7, serta grafik Intel UHD Graphics 620. Dell menawarkan pilihan storan sehingga 1TB SSD melalui XPS 13 baru ini.

Dari segi sokongan port, XPS 13 baru ini hadir dengan dua port Thunderbolt 3, satu port USB-C, dan pembaca mikro-SD. Dell turut menawarkan pilihan pengimbas cap jari dengan sokongan pengimbas cap jari.

Dell XPS 13 baru ini hadir dalam plilihan warna hitam dan juga putih. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah komputer riba ini akan memasuki pasaran tempatan.

https://www.youtube.com/watch?v=XChLUIP8kDw

https://www.youtube.com/watch?v=kIHVfZX9tXA

Komen