Cari @ Amanz

Google pada bulan Oktober 2017 lepas telah memperkenalkan antaramuka baru untuk Google Calendar. Kini, selang beberapa bulan sejak memperkenalkannya, Google mengatakan semua pengguna akan mula menerima naik-taraf automatik bermula 8 Januari 2018 ini.

Google Calendar

Pengenalan kemaskini antaramuka secara automatik ini adalah secara berperingkat. Anda masih akan diberikan peluang untuk menggunakan antaramuka lama sehingga 28 Februari 2018 kelak. Selepas tarikh berkenaan, semua akan menggunakan antaramuka baru, dan tiada lagi penawaran antaramuka lama.

Bagi pengguna domain berasingan yang memautkannya ke G Suites, anda akan mula menerima naik-taraf bermula 15 Januari 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd