Samsung Memperkenalkan Cip Exynos 9810 – Dioptimasikan Untuk Pembelajaran Neural

Samsung Memperkenalkan Cip Exynos 9810 – Dioptimasikan Untuk Pembelajaran Neural

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Samsung hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan premium mereka yang terbaru dibawah siri Exynos 9, iaitu Exynos 9810.

Melalui pengumuman pengenalan, Samsung mengatakan cip pemprosesan ini turut dioptimasikan khusus pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan. Cip pemprosesan Exynos 9810 ini hadir dengan rekaan 10-nm generasi kedua – sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih berkuasa dan penggunaan bateri yang efisyen.

Samsung mengatakan cip pemprosesan ini menawarkan kepantasan mencapai 2.9 gigahertz, sekaligus memperlihatkan peningkatan prestasi sehingga 40% berbanding generasi sebelumnya.

Samsung Exynos 9810

Melengkapkan cip pemprosesan ini juga adalah sokongan modem LTE berkelajuan pantas yang terkini. Melalui pengoptimasian untuk kecerdasan buatan dan pembelajaran berasaskan neural, Samsung mengatakan kini ia menawarkan kemudahan untuk mengenal-pasti objek dengan lebih pantas, mengimbas wajah pengguna dalam bentuk 3D, selain sokongan sekuriti tambahan.

Sokongan khusus turut disertakan untuk penawaran multimedia dan pemprosesan tambahan.

Cip pemprosesan ini bukan sahaja akan digunakan pada telefon pintar, tetapi juga pada peranti perkomputeran lain dan juga untuk automotif.

Berkemungkinan kita akan melihat cip pemprosesan ini digunakan Samsung pada Galaxy S9 akan datang kelak.


TIPS & ULASAN