Cari @ Amanz

Apple pada minggu lepas telah mengumumkan program gantian semula bateri untuk iPhone lama kerana kitaran bateri yang membuatkan ia mungkin tidak menawarkan prestasi baik untuk keperluan tenaga peranti anda. Pengumuman ini sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada peranti anda memerlukan gantian semula bateri atau sebaliknya – dan pada masa yang sama mungkin anda ingin mengetahui bagaimana tahap kesihatan bateri iPhone anda.

Bagi anda yang ingin mengetahui sendiri tahap kesihatan bateri iPhone anda, salah satu aplikasi yang boleh membantu anda adalah Battery Life.

Battery Life

Melalui aplikasi ini, sebaik sahaja anda memasangnya, anda akan boleh melihat tahap kesihatan bateri iPhone anda – dan ia diperlihatkan dalam bentuk peratusan. Aplikasi ini hadir secara percuma dengan sokongan iklan.

Anda turut boleh melihat melalui menu Raw Data untuk melihat kapasiti bateri dan data lain. Untuk makluman, Apple mengalakkan pengguna yang mempunyai kurang 80% kapasiti untuk menggantikan bateri pada iPhone mereka pada harga RM129 untuk iPhone SE, iPhone 6 dan terkini.

Selain daripada aplikasi Battery Life, satu lagi aplikasi yang mungkin anda gunakan untuk tujuan sama tetapi melalui komputer Mac adalah Coconut Battery.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd